Tuesday, 21 September 2010 14:30

Premium Malaysia Labur US$40 Juta Untuk Bina Kilang Bio-minyak

Written by 
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama)-- Premium Renewable Energy (Malaysia) Sdn Bhd bercadang membina sebuah kilang bio-minyak yang menelan kos US$40 juta berdekatan Lahad Datu, Sabah, dan akan mempertimbang membina 14 lagi kilang menjelang 2015.

Premium Malaysia menjangka memulakan pembinaan kilang permulaannya itu dalam suku kedua 2011, dengan operasi sepenuhnya dirancang pada suku kedua 2012.

"Kami mensasarkan pendapatan US$200 juta daripada operasi 15 kilang menjelang 2015," kata pengarah urusan Viswananthan Selvaratnam.

Kilang itu yang akan dibina di kawasan seluas lapan ekar akan dibiayai oleh ekuiti dan pinjaman dengan Premium Malaysia menguasai kepentingan majoriti dalam projek berkenaan.

Syarikat itu, rakan niaga kepada Ensyn Technologies, Kanada, akan menggunakan teknologi terpilih "Rapid Thermal Process" (RTP) Ensyn untuk menukar biomas minyak sawit kepada minyak "pyrolysis" yang turut dikenali sebagai bio-minyak untuk generasi kuasa diperbaharui semula hijau dan pengeluaran bahan bakar pengangkutan guna semula "drop-in"
seperti gasolin hijau, diesel dan bahan bakar jet.

Premium Malaysia hari ini memeterai perjanjian perkhidmatan kejuruteraan dengan Envergent Technologies, USA, yang diwakili oleh pengarah urusannya, Mark Reno. Perjanjian itu ialah untuk mengendalikan kerja kejuruteraan untuk kilang pertama bio-minyak RTP di Malaysia.

Syarikat itu menjangka kilang pertamanya itu akan menyediakan kira-kira 100 pekerjaan baharu.

"Kami berhasrat untuk menjual minyak itu di dalam negara pada masa ini walaupun permintaan antarabangsa amat besar terutamanya dari Eropah dan ia adalah pasaran yang menggalakkan untuk kami," kata naib pengerusi Premium Malaysia Patrick Wee Ewe Seng kepada pemberita selepas majlis itu.

-- BERNAMA

End.

Click here for full story at BERNAMA

Read 3 times

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.